Ahad, 29 Ogos 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA

Pada 27 Ogos yang lalu, warga PPKI telah mengadakan majlis berbuka puasa di Roza Tomyam, Air Baruk, Jasin. Majlis disertai oleh 5 orang guru dan 6 orang murid. Ucapan terima kasih diucapkan kepada pemilik Roza Tomyam yang telah menaja makanan untuk berbuka puasa pada majlis tersebut.

Rabu, 4 Ogos 2010

Kejohanan Padang & Balapan Pendidikan Khas Peringkat Negeri 2010

Pasukan SK Batang Melaka (Pendidikan Khas Ibnu Sina) yang mewakili Zon Jasin telah berjaya merangkul pingat emas dalam acara 4x100m (P) bwh 11 dan pingat perak dalam acara 200m (P) bwh 11. Lebih membanggakan, pasukan ini telah memecahkan rekod kebangsaan/negeri. Tahniah diucapkan kepada atlet-atlet pendidikan khas iaitu Hamizah Hussin, Nuraliesya Azman dan Norsharima Safri yang telah bertungkus lumus selama 2 hari. Terima kasih juga diucapkan kepada seluruh warga PPKI Ibnu Sina khasnya dan warga SKBM amnya di atas sokongan selama ini. Sama-samalah kita doakan kejayaan murid-murid istimewa ini dalam peringkat yang lebih tinggi, InsyaAllah.

Isnin, 5 Julai 2010

SAMBUTAN HARIJADI PERDANA FASA 1/2010

Pada 5 Julai 2010 yang lalu, PPKI Ibnu Sina telah mengadakan sambutan harijadi bagi 4 orang muridnya. Semua guru, kakitangan sekolah dan pekerja telah bersama-sama meraikan anak-anak istimewa ini.
Majlis telah berlangsung dengan penuh sederhana tetapi meriah.



 
Murid-murid yang menyambut Harijadi ialah Amirul Haizat, Aliff Bukhari, Isma Amri & Hamizah. Selamat Hari Lahir diucapkan kepada mereka. Tidak ketinggalan juga ucapan 'Happy Birthday' kepada Cikgu Derwena dan Pembantu Pengurusan Murid yang dikasihi, Cik Nuraini.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada pihak pentadbir sekolah yang diketuai oleh Tuan Guru Besar, Tn.Hj.Minhat b. Azam, ibu bapa,guru-guru dan kakitangan sekolah serta pekerja di atas sokongan dan kerjasama yang diberikan selama ini. Hanya Allah yang dapat membalas segala budi baik tuan-tuan.







Semoga berjumpa lagi di Sambutan Harijadi Fasa 2/2010!

Isnin, 28 Jun 2010

TERAPI AIR DI KOLAM AIR PANAS, BEMBAN

Pada 24 Jun 2010(Khamis) yang lalu, Program PPKI Ibnu Sina telah menjalankan terapi air di kolam Air panas Bemban, Jasin. Aktiviti tersebut disertai oleh 3 orang guru, 1 PPM, 2 orang ibu murid dan 7 orang murid. Aktiviti berjalan lancar dan murid-murid sangat teruja apabila dapat merasai pengalaman mandi air panas. Murid Sindrom Down dan Hiperaktif juga tidak ketinggalan bersama-sama rakan mereka yang lain. Program seperti ini dapat mengeratkan hubungan di antara warga PPKI dan ibu bapa.

Isnin, 24 Mei 2010

PERSEKITARAN PPKI IBNU SINA

PERSEKITARAN PPKI IBNU SINA SK BATANG MELAKA 2010


Isnin, 10 Mei 2010

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG PPKI IBNU SINA SK BATANG MELAKA

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG KAMI..


WARGA PPKI IBNU SINA

~GURU PENYELARAS~

PN.NORASHIKIN BT. ABU HASSAN

~GURU~

CIK DERWENA BINTI HJ. MOHD BAZAIN

CIK NOR SHAHIDAH BT. ABD LATIF


~PEMBANTU PENGURUSAN MURID N 17 ~

CIK NURAINI BINTI RAZAK


PERMATA IBNU SINA

~IBNU SINA 1~

NORSHARIMA BINTI SAFRI (KETUA KELAS)

ADILAH MASTURAH BINTI MUSA

HAMIZAH BINTI HUSIN


~IBNU SINA 2~

NURALIESYA BINTI AZMAN (KETUA KELAS)

MUHAMMAD AMIRUL HAIZAT B. AZMI

MUHAMMAD ALIFF BUKHARI BIN ABDULLAH

ISMA AMRI BIN JURIMI

SAHERA BINTI SENIN

ISMAIL B. ABDUL RAHIM































































































































































































































































blogger templates | Make Money Online